- Janji-
~Sebuah janji yang ingin aku tunaikan~
Pernah kah anda berjanji dan memungkirinya..adakah anda diburu kekesalan.. atau adakah anda anggap itu cuba satu lagi babak-babak dalam kehidupan..
Bukan kah janji yang dibuat itu harus ditunaikan sedayanya. Buka kah itu kan jadi penilai tantang kesungguhan kita. Tetapi kenapa sering kali janji itu dimungkiri….
Terpaksa, dipaksa, atau terlupa untuk tunaikannya.
Janji ..besar sekali implikasinya bukan. Sebuah janji yang dikota akan menjadikan kita lebih dihargai, membuat kita lebih dihargai, dan bagi janji-janji yang tidak dapat dikotakan.. bukankah kita telah gagal, gagal mengotakan janji pada diri sendiri.
Sebuah janji yang dibuat kadang kala kerana terpaksa, mungkin juga hanya sekadar menjaga hati pihak tertentu, ada juga janji –janji yang dibuat kerana diri sendiri yang mahu kannya. Mahu berpegang pada sesuatu yang dirinya sendiri mahu kotakan.mahu berjanji pada diri sendiri.
Bukankah janji atas kemahuan sendiri itu terlalu besar ertinya.
Kadang –kala pula kita terpaksa memungkiri janji atas sebab – sebab tertentu. Tak perlu rasa bersalah olehnya. Bukankah bila kita telah berusaha melunaskannya namun ia tidak kesampaian masih satu kemenangan yang besar.sekurang-kurangnya kita sudah berusaha. Sekurang-kurangnya kita telah cuba sedanya.
Cuma kadang-kala kita harus nyatakan dan akui kita telah gagal mempertahankan janji itu. Kita masih lagi tidak tewas kerana kita berani mengakuinya.
Janji. Apalah ertinya janji jika kita sengaja memungkirinya. Tapi besarnya ertinya bila kita berjanji dan cuba menunaikannya.
Suatu masa dulu aku pernah berjanji.. namun bila ia sampai kesatu tahap , bila ia tidak lagi dapat dilakukan. Ia adalah sesuatu yang amat memedihkan. Namun sekurang-kurangnya usaha telah dilakukan. Dan dengan kerendahan hati. Kemaafan perlu dipohon.
Namun bila nanti suatu masa . andai kata janji itu masih lagi mahu dikotakan.
Dengan apa cara sekali pun ia akan tetap akan dikotakan..
Janji adalah suatu janji..
Dan ia masih lagi suatu janji walaupun ia mungkin tidak lagi boleh diterima pakai.
Andai ada janji –janji yang masih tidak dapat dikotakan, ia bukan satu kehendak, mungkin situasi dan keadaan tidak dapat mengizinkan.
Esok lusa tak kan ada sesiapa yang tahu..
Andai janji – janji itu tidak dapat dikotakan. Maafkan lah.
Kerana bila seseorang itu mahu berjanji dari dirinya sendiri.
Sedaya mungkin ia akan penuhi. Terkadang Cuma masa dan keadaan sahaja yang tidak mengizinkan..
Mungkin esok lusa ia kan dikotakan. Takkan ada siapa yang tahu kecuali yang maha Esa.
Maka bila anda berjanji kotakanlah, tapi bila anda tahu ia tidak dapat lagi dikotakan.
Akuinya dan pohonlah kemaafan
Sekurang-kurannya anda telah berusaha menunaikannya.
“Maka dengan coretan ini..tertunailah sebuah janji yang dulu pernah dibuat.”