Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium

Sistem Register Kami Telah Dibaik Pulih.Harap Maaf Diatas Semua Kesulitan.

Join the forum, it's quick and easy

Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium

Sistem Register Kami Telah Dibaik Pulih.Harap Maaf Diatas Semua Kesulitan.

Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Teknik Jalan Stadium Oficcial Forum


4 posters

    Cerpen.Cerpen.Cerpen

    avatar
    wafa
    saya top spammer xD
    saya top spammer xD


    Female
    Number of posts : 610
    Age : 32
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-06-02

    Cerpen.Cerpen.Cerpen - Page 2 Empty Re: Cerpen.Cerpen.Cerpen

    Post by wafa Fri Sep 19, 2008 4:12 pm

    Mengapa WANITA sangat Istimewa......

    Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
    Mama
    pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh
    pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas
    makan tadi..basuh jap...
    susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik
    kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis
    pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni,
    jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah
    kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska
    esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku
    dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin
    basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
    tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

    baru
    teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv
    lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2
    pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu
    ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh
    botol jap...ok settle...

    ternampak pulak beg g keje...emm..besok
    nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap
    barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal
    apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak
    pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni
    beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni
    die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

    Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

    masuk
    toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak
    tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment
    cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
    nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

    bukak
    almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju
    papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
    la,
    napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut
    dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung
    elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor
    dalam tempat kotor...ok settle..

    dgr suara papa lagi..."..i dah
    ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak
    mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu
    ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni,
    senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

    ni
    mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak
    nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...

    ok
    dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni
    kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers
    ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25
    hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun
    tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

    aaahh...sedapnya
    dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni
    dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja
    besok...pg kul 9.30 ade meeting..
    ahh...boring...panas pulak lotion
    nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih
    untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun
    bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer
    pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar
    suara papa berkeruh...dah agak dah....

    So?....apa yang peliknya..??

    Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

    Hantarkan
    ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami
    mereka...well, women understand women better...
    foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

    Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

    Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

    HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!
    c o k e l a t
    c o k e l a t
    Junior Administrator
    Junior Administrator


    Female
    Number of posts : 344
    Age : 31
    Location : Alor Star
    Job/hobbies : Shopping
    heroes : Tom Cruise
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-07-04

    Cerpen.Cerpen.Cerpen - Page 2 Empty Re: Cerpen.Cerpen.Cerpen

    Post by c o k e l a t Tue Sep 30, 2008 10:33 am

    Hadiah terakhir

    Bang...mari tengok apa yang ummi bawa ni". Ustaz muda yang tengah
    tenggelam dalam pembacaannya itu menoleh separuh terkejut. Isterinya
    menghampirinya seraya menghulurkan sebungkus plastik hitam berisi
    kotak.
    Sejenak dia memandang isterinya dengan penuh tanda tanya, sementara
    isterinya hanya tersenyum kecil membalas pandangan suaminya yang
    tercinta.

    "Apa ni ummi?".

    "Untuk abanglah...bukalahtengok apa kat dalam tu".

    Segera ustaz muda membuka bungkusan itu dengan penuh rasa ingin tahu.
    Sepasang sandal kulit baru. Tertegun ia sejenak.

    "Ummi tengok sandal abang dah buruk benar. Sebab itu Ummi belikan yang
    baru ni. Nanti abang pakailah masa solat Hari Raya Korban ni...yea
    bang..." kata isterinya dengan mata bersinar penuh harapan.

    Tersentak rasa hatinya...rasa haru menyusup ke segenap sudut jiwanya.
    Dalam keadaan ekonomi yang sebegini, isterinya masih sempat
    memperuntukkan wang untuk membelikan sesuatu yang memang sangat dia
    perlukan. Sandalnya memang sudah masanya untuk diganti. Sudah dua kali
    ia terputus. Yang terakhir, waktu ia memakainya kelmarin, tali
    sandalnya
    yang kanan hampir terputus. Terpaksalah dia menjinjit sandal itu dan
    pulang dengan kaki kanannya berkaki ayam. Padahal, waktu itu panas
    terik
    dan ya Allah, panasnya sampai terasa hampir melepuh telapak kakinya.
    Keinginan untuk menggantikan dengan yang baru memang ada, tetapi ia
    singkirkan sementara. Takpe...masih boleh dibaiki...gumamnya sendiri.
    Tetapi sebetulnya bukan itu sebab utamanya, melainkan kerana masalah
    kewangannya yang belum ada. Banyak lagi keperluan lain yang perlu
    dipenuhi. Apatah lagi saat ini mereka sedang menantikan kehadiran anak
    pertama. Isterinya sedang hamil sembilan bulan...Cuma menantikan
    harinya.

    "Baguskan ummi...tentu mahalkan..."

    "Jangan fikirkan soal harganya, takde salahnya sekali sekala
    membelikan
    sesuatu yang terbaik untuk abang".

    "Terima kasih yea ummi..." katanya gembira sambil memeluk isterinya
    penuh kasih.


    Ustaz muda itu merasa tidak tenteram. Masuk hari ini, sudah 7 hari
    isterinya ditahan di wad. Menurut doktor keadaan isterinya sangat
    lemah
    dan dikhuatiri akan menghadapi masalah pada saat melahirkan nanti.
    Pagi
    tadi air ketubannya pecah. Dan sedari pagi ia tidak berganjak dari
    sisi
    isterinya. Hatinya berdebar kencang tidak menentu. Apabila ia menatap
    wajah isterinya, batinnya tersentuh haru. Isterinya terbaring lemah,
    matanya terpejam rapat, nampak kurus dan pucat. Berbeza dengan tudung
    biru cair yang dipakainya. "Tapi kau masih tetap nampak cantik, Mi..."
    bisik hatinya.

    Sementara itu sayup-sayup terdengar suara takbir dikumandangkan.
    Tiba-tiba isterinya membuka mata. Senyumannya menghiasi wajahnya bila
    terlihat sang suami di sisi.

    "Pukul berapa sekarang bang?" tanya isterinya lirih.

    "Hampir pukul 12. Macamana keadaanmu, Ummi?".

    "Tak sabar rasanya nak dengar tangisan anak kita bang..."

    "Sabarlah... InsyaAllah, semuanya akan berjalan dengan lancar".

    "Amin..." jawab isterinya lemah. "Bang, esok Hari Raya Aidiladha kan?".


    "Ya...tu suara takbir kedengaran".

    "Sebaiknya abang balik dulu, berehat di rumah. Esokkan abang kena beri
    khutbah Hari Raya. Jangan risau tentang Ummi. Abang pun kena jaga
    kesihatan...kurang tidurkan sejak akhir-akhir ni, nanti abang pun
    jatuh
    sakit".

    "Abang rasa abang nak gantikan orang lain jadi khatib esok, abang akan
    beritahu Pengerusi masjid pagi esok mengenai hal ni...penggantinya pun
    dah ada".

    "Jangan bang...Ummi minta tolong bang, jangan batalkan..."

    "Tapi, macamana dengan Ummi?"

    "Jangan risau tentang Ummi. Seperti yang abang katakan tadi,
    insyaAllah,
    semuanya akan berjalan dengan lancar. Ummi pun dah rasa sihat sikit.
    Ummi harap abang tetap dapat melaksanakan tanggungjawab abang dengan
    baik. Ummi akan kecewa kalau abang batalkan".

    "Tapi, siapa akan menjaga Ummi?"

    "Bukan ke semua telah kita serahkan kepada Allah S.W.T. Dialah
    sebaik-baik penjaga dan pemelihara makhluknya".

    "Baiklah". Ustaz muda itu akhirnya mengalah.

    "Alhamdulillah...doakan anak kita selamat dan sihat ye bang..."

    "Sudah tentu Ummi".

    "Satu lagi bang...sandal yang Ummi belikan tu pakai esok ye..."

    Dia hanya mampu tersenyum dan mengangguk. Mata isterinya yang
    berkelopak
    cekung itu kembali bersinar.


    Hanya tinggal beberapa orang jemaah yang masih berada di masjid itu.
    Ustaz muda itu merasakan sesuatu yang sejuk meresap dalam hatinya.
    Kegelisahan yang sejak beberapa hari lalu terasa mencengkam, enggan
    menyingkir dari dalam dirinya, kini hilang dan terasa ringan beban
    fikirannya. Doanya khusyuk dan apabila ia berdoa khusus untuk
    isterinya
    dan bayi yang bakal lahir, tanpa terasa matanya basah. Basah oleh
    kedamaian yang menguasai jiwanya.

    Kemudian dia bangkit perlahan. Suasana perkarangan masjid telah sepi.
    Ketika dia melangkah keluar, tertegun sesaat lamanya. Eh, mana
    sandalku?
    Sibuk dia mencari di segenap sudut. Tadi dia pasti meletakkan
    sandalnya
    di sini, di sudut ini. Tapi tiada pula. Yang tinggal hanya 3 pasang
    selipar yang telah buruk.

    "Innalillahi wa inna ilaihi raji'un" gumamnya lirih setelah beberapa
    lama mencari tanpa hasil.

    "Ada apa ustaz?" tanya salah seorang AJK masjid yang kebetulan berada
    tidak jauh darinya.

    "Saya cari sandal saya...tak jumpa lagi. Tadi rasanya saya letak di
    sini, mungkin tertukar..."

    "Jenama apa sandalnya?"

    "Sandal kulit, masih baru. Baru sekali ni pakai".

    "Itu bukan tertukar ustaz, tapi sengaja ditukar. Kemungkinan besar tak
    dapat balik ni ustaz".

    Ustaz muda itu hanya dapat menarik nafas panjang. Takde rezeki. Bukan
    miliknya...gumamnya sekadar menghiburkan hati. Kesedihannya bukan
    kerana
    hilangnya sandal itu tetapi lebih tertuju kepada isterinya. Bagaimana
    bersinarnya mata isterinya ketika memberikan sandal itu dan meminta
    untuk memakainya pada solat Aidul Adha ini tergambar kembali dengan
    jelas. Rasanya tak sanggup ia menatap wajah teduh isterinya nanti
    ketika
    ia menjelaskan bagaiman nasib sandal pemberiannya itu. Paling tidak,
    isterinya pasti hanya akan tersenyum nipis sambil mengucapkan pasrah.
    "Takpe...lain kali kalau ada rezeki lebih, insyaAllah kita beli lagi".
    Tapi justeru itulah yang akan membuatkannya tidak sampai hati.


    Ketika dia sampai di depan hospital, pakciknya telah ada di sana,
    menyambutnya lalu mengajaknya duduk di bangku panjang. Perasaannya
    tidak
    menentu. Dari tutur kata dan sikapnya, ia mempunyai firasat bahawa
    sesuatu telah terjadi kepada isterinya. Dan ternyata benar.

    "Isterimu telah kembali ke rahmatullah nak" ujar pakciknya lirih
    nyaris
    tidak kedengaran. Tapi baginya umpama suara guruh yang menyambar
    telinganya. "Lebih kurang pukul lapan pagi tadi".

    "Innalillahi wa inna ilaihi raji'un," desisnya dengan hati yang pedih.
    Dia tidak kuasa lagi menahan air matanya dari jatuh. Pakciknya cuba
    menenangkannya.

    "Tapi alhamdulillah bayinya dapat diselamatkan..."

    "Macamana dengan keadaannya?"

    "Baik, gemuk dan sihat nampaknya...tangisannya pun kuat".
    Alhamdulillah...
    "Ini ada pesanan dari isterimu," kata pakciknya sambil menyerahkan
    sepucuk surat yang telah lusuh.

    Bismillahirrahmanirrahim...
    Assalamualaikum wbt...
    Abang tersayang,
    Puji dan syukur kita panjatkan kehadrat Rabb Pencipta Alam atas
    rahmat,
    nikmat dan kurnianya. Selawat dan salam untuk Rasulullah SAW,
    keluarga,
    sahabat dan pengikutnya.
    Abang,
    Ummi tidak dapat menulis panjang. Ummi rasa kian lemah...dan rasanya
    waktu Ummi semakin dekat. Ummi selalu berdoa agar anak kita lahir
    selamat tidak kurang satu apa pun. Kalau nanti ia lahir selamat dan
    Ummi
    tidak sempat menjaga dan membesarkannya, Ummi redha. Sebab Ummi yakin,
    insyaAllah abang akan mengasuhnya seperti yang abang harapkan. Ummi
    tinggalkan anak itu kepada abang...
    Abang,
    Ummi minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki kiranya Ummi
    ada
    melakukan kesalahan pada abang selama kita bersama. Halalkan makan
    minum
    Ummi...dan redhalah atas pemergian Ummi ini...
    Abang,
    Sandal yang Ummi hadiahkan itu Ummi beli dari Ukhtie Hasanah, masih
    berbaki pembayarannya...Kalau ternyata Ummi tidak sempat membayarnya,
    tolong abang bayarkan untuk Ummi ye.

    Semoga Allah senantiasa melindungi dan merahmati kita. Amin...wassalam.


    Ummi

    Kertas lusuh itu basah dengan air matanya. Rupanya isterinya telah
    merasa dirinya akan menghadap Ilahi. Dilipatnya kembali surat terakhir
    itu. Tak sempat mendengar kata-kata sejuk isterinya saat menghadapi
    sandalnya yang hilang itu seperti yang dibayangkan. Teringat ia akan
    sabda Rasulullah SAW: jihadnya seorang wanita adalah saat ia
    melahirkan.


    Sungguh beruntung engkau, Ummi. Kesedihannya perlahan tersingkir oleh
    rasa syukur dan bangga terhadap isterinya. Isterinya pergi setelah
    menyelesaikan kewajipan yang paling mulia bagi seorang wanita, iaitu
    melahirkan seorang bayi yang masih suci dan bersih.

    InsyaAllah akan selalu kujaga amanahmu ini, bisiknya seperti
    memperoleh
    kekuatan baru. Selamat jalan mujahidahku...!!!
    c o k e l a t
    c o k e l a t
    Junior Administrator
    Junior Administrator


    Female
    Number of posts : 344
    Age : 31
    Location : Alor Star
    Job/hobbies : Shopping
    heroes : Tom Cruise
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-07-04

    Cerpen.Cerpen.Cerpen - Page 2 Empty Re: Cerpen.Cerpen.Cerpen

    Post by c o k e l a t Tue Nov 04, 2008 10:30 pm

    Si Jalak Dan Permata Zamrud

    Ibu-ibu ayam dan anak-anak mereka pun keluar reban. Setelah mereka
    keluar barulah Si Jalak melelapkan matanya. Dia tidak keluar dari
    rebannya untuk mencari makan. Dia hanya tidur di dalam rebannya
    sehari suntuk. Apabila sudah petang, perutnya berasa lapar, tetapi
    dia tidak mahu keluar kerana takut meninggalkan batu permatanya.

    Pada subuh esoknya, Si Jalak terjaga apabila hari sudah siang.
    Rebannya pun telah kosong kerana semua ibu dan anak ayam sudah lama
    keluar untuk mencari makan. Si Jalak terdengar tuannya marah-marah
    kerana Si Jalak tidak berkokok subuh itu.

    Si Jalak berasa sangat lapar kerana sudah dua hari tidak makan. Oleh
    kerana terlalu lapar dan haus, Si Jalak terpaksa keluar. Sebelum dia
    keluar, dia telah mengubah tempat persembunyian batu permatanya. Kali
    ini dimasukkannya batu permata itu ke dalam sebuah lubang kecil di
    tepi dinding.

    Si Jalak pun keluar reban. Dia berlari ke belakang rumah tuannya
    dengan harapan ada makanan. Rupanya semua makanan yang disediakan
    oleh isteri tuannya telah dimakan oleh ibu-ibu ayam, anak-anak ayam,
    itik dan angsa.

    Si Jalak menjadi marah kerana sudah tiada apa yang ada untuk dimakan.
    Dia tidak pergi ke tempat orang menumbuk padi kerana tidak mahu
    berjauhan dari batu permatanya.

    Itik datang menghampirinya lalu berkata, "Hai Jalak. Sudah dua hari
    kamu tidak keluar reban. Adakah kamu sakit?"

    "Kalau aku sakit pun, bukan menyusahkan kamu!" jawab Si Jalak dengan
    sombong. Itik sungguh terkejut mendengar jawapan Si Jalak hinggakan
    tidak dapat berkata apa-apa. Itik terus berundur dari situ dan pergi
    mendapatkan angsa.

    "Betul juga kata kamu, angsa. Si Jalak sudah menjadi bongkak," lalu
    itik menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi. Angsa hanya
    menggeleng-gelengka n kepala seolah-olah tidak percaya apa yang
    terjadi. Ini adalah kerana mereka berkawan rapat dengan Si Jalak
    sejak kecil lagi.

    Si Jalak pula pergilah ke kawasan limbah di belakang dapur untuk
    mencari makanan. Dia tahu bahawa makanan di situ tidak bersih, tetapi
    kerana terlalu lapar, dimakannya juga apa yang ada di limbah itu.
    Biarlah tak kenyang, tetapi aku sekarang ada batu permata, fikir Si
    Jalak.

    Lepas makan, Si Jalak terus masuk ke rebannya. Dia terus memeriksa
    lubang tempat dia menyembunyikan batu permata itu. Dilihatnya batu
    permata itu masih ada di dalam lubang. Dia kemudian menyumbatkan
    jerami padi ke dalam lubang supaya batu permata itu tidak dapat di
    lihat langsung.

    Beberapa hari berlalu. Perangai Si Jalak berubah terlalu mendadak.
    Ibu-ibu ayam berbincang sesama sendiri. Itik dan angsa pula pergi
    berjumpa kambing dan lembu menceritakan telatah Si Jalak.

    Lembu kemudiannya menceritakan perbualan tuan mereka dengan seorang
    petani ketika dia menarik kereta lembu pagi. Tuannya berhajat hendak
    membela ayam jantan yang lain kerana Si Jalak sudah tidak boleh
    berkokok pada waktu subuh lagi.

    Itik dan angsa pulang dan berjumpa ibu-ibu ayam. Mereka menceritakan
    apa yang mereka dengar dari lembu. Ibu-ibu ayam menjadi susah hati
    kerana mereka telah mengenali Si Jalak dari mereka kecil lagi. Kalau
    ayam jantan lain datang, mereka tentu terpaksa menyesuaikan diri
    dengan ayam jantan yang baru pula.

    Ibu-ibu ayam bermesyuarat mengenai pengembangan terbaru ini. Mereka
    bersetuju untuk berhadapan dengan Si Jalak untuk mencari penyelesaian
    masalahnya. Kelima ibu ayam itu pun masuk ke reban.

    Di dalam reban itu mereka jumpa Si Jalak yang sedang duduk bersandar
    ke dinding. Ibu ayam yang tertua berkata, "Hai Jalak. Kami ingin
    bertanyakan sesuatu dari kamu. Kami harap kamu bersedia menyatakan
    masalah kamu."

    "Yang kamu semua sibuk ni, mengapa?" kata Si Jalak dengan angkuh.

    "Kami sibuk kerana kami dapat tahu bahawa tuan kita hendak
    menggantikan kamu dengan ayam jantan yang lain. Jika itu betul, kami
    rasa kamu akan disembelih untuk dibuat lauk kerana sekarang ini kamu
    tidak berguna lagi," kata ibu ayam.

    Rasa nak pitam Si Jalak mendengar kata-kata ibu ayam itu. Memang
    benar sudah hampir seminggu dia tidak berkokok kerana badannya lemah
    dan selalu tak cukup tidur. Kata ibu ayam lagi, "Sekarang ini kawan-
    kawan baik kamu semuanya mengatakan bahawa kamu ini sombong. Tetapi
    mereka semua masih sayangkan kamu. Itulah mereka selalu bertanya
    khabar. Cuma kamu sahaja tidak menghargai persahabatan mereka."

    Si Jalak berasa sangat sedih. Sejak dia berjumpa batu permata ini,
    hidupnya menjadi susah. Setiap hari dia tidak cukup makan. Kawan-
    kawannya pula terpaksa menjauhkan diri kerana dia tidak mempedulikan
    mereka. Tuannya yang dahulu menyayanginya, kini hendak menggantikan
    dia dengan ayam jantan yang lain. Ibu-ibu dan anak-anak ayam juga
    sering berkecil hati kerana dia selalu memarahi mereka jika mereka
    menghampiri tempat dia menyembunyikan batu permatanya.

    Setelah berfikir dengan mendalam mengenai masalahnya, Si Jalak pun
    berterus terang dengan ibu-ibu ayam. Mereka pun meminta ditunjukkan
    batu permata itu. "Klak. Klak. Klak. Cantiknya batu permata hijau
    ini. Patutlah kamu amat menyayanginya, " kata mereka. Tetapi Si Jalak
    telah pun membuat keputusan dia tidak mahukan batu permata ini lagi,
    walau bagaimana cantik pun.

    Si Jalak mengutip batu permata itu dengan paruhnya dan dibawanya
    keluar dari reban. Dia berjalan ke arah rumah tuannya. Dilihatnya
    isteri dan anak tuannya sedang duduk dibawah pokok jambu air di tepi
    rumah. Dia pergi kepada isteri tuannya dan diluahkannya batu permata
    hijau itu. Batu permata itu pun jatuh ke tanah di tepi kaki isteri
    tuannya itu.

    Melihatkan batu berwarna hijau diluahkan oleh Si Jalak, isteri
    tuannya itu pun tunduk dan mengambil batu itu. "Aduh. Bertuah betul
    kamu ini Jalak! Batu zamrud yang terjatuh dari cincin perkahwinanku
    dulu telah dijumpai. Sudah hampir seminggu aku mencarinya, baru
    sekarang berjumpa," kata isteri tuannya sambil memanggil suaminya
    turun.

    Suaminya pun turun dan ditunjukkan batu zamrud yang dijumpai oleh Si
    Jalak. Tuan Si Jalak sungguh gembira kerana sudah seminggu isterinya
    bersugul kerana kehilangan batu zamrud itu. Si Jalak berlalu dari
    situ dengan senang hati. Dia pergi mencari kawan-kawannya itik,
    angsa, kambing dan lembu untuk meminta maaf kepada mereka atas
    sikapnya akhir-akhir ini.

    Sejak hari itu, Si Jalak berkokok setiap waktu subuh dengan suara
    yang lebih nyaring dan merdu. Tuannya juga tidak lagi bangun lewat
    dan sentiasa dapat mengerjakan sembahyang subuh tepat pada waktunya.
    Si Jalak terus disayangi oleh tuannya seisi keluarga. Kawan-kawan Si
    Jalak juga gembira kerana Si Jalak kembali menjadi riang dan peramah.
    c o k e l a t
    c o k e l a t
    Junior Administrator
    Junior Administrator


    Female
    Number of posts : 344
    Age : 31
    Location : Alor Star
    Job/hobbies : Shopping
    heroes : Tom Cruise
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-07-04

    Cerpen.Cerpen.Cerpen - Page 2 Empty Re: Cerpen.Cerpen.Cerpen

    Post by c o k e l a t Fri Nov 07, 2008 12:08 pm

    Air Mata Di Malam Pertama
    1st Part


    Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.
    Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernah kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.
    “ Ana dah jadi isteri!” Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.
    “ Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.” Doaku perlahan.
    aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku sudah bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.
    “ Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti?” Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.
    Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.
    “ !” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.
    Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.
    “ Sayang….!” Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.
    aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku.
    “ Abang…!” Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku.
    “ Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang..” Bisikku perlahan. “ Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia.” Janjinya padaku.
    Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.
    Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu.
    Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi.

    Sponsored content


    Cerpen.Cerpen.Cerpen - Page 2 Empty Re: Cerpen.Cerpen.Cerpen

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri Mar 29, 2024 12:46 am